Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 13 Series kini ditawarkan didalam warna Green


Selain pelancaran Apple iPhone SE (2022) yang membawakan teknologi 5G dan cip Apple A15 Bionic, Apple turut telah mengumumkan penawaran warna baharu bagi iPhone 13 Series.

Apple iPhone 13 Pro dan Apple iPhone 13 Pro Max kini ditawarkan didalam warna Alpine Green yang dihasilkan melalui pelbagai lapisan seramik metalik nanometer.

Dengan penawaran warna Alpine Green, iPhone 13 Pro Series kini ditawarkan didalam 5 warna yang termasuk Sierra Blue, Graphite, Gold dan Silver.

Selain itu, Apple iPhone 13 Mini dan iPhone 13 juga ditawarkan didalam warna Green yang bermaksud ianya kini ditawarkan didalam 6 warna yang termasuk Starlight, Midnight, Blue, Pink dan Red.

Warna Alpine Green bagi Apple iPhone 13 Pro Series serta warna Green bagi iPhone 13 Mini dan iPhone 13 akan ditawarkan untuk pra-tempahan pada 18 Mac ini sebelum mula dijual pada 25 Mac.

Harga jualan adalah sama seperti warna lain.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.