Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Projektor Samsung Freestyle kini rasmi di Malaysia pada harga RM 4,999

Projektor Samsung Freestyle kini rasmi di Malaysia pada harga RM 4,999 1

Projektor Samsung Freestyle kini rasmi di Malaysia pada harga RM 4,999 2
Samsung telah mengumumkan projektor Samsung Freestyle kini ditawarkan untuk pra-tempahan di Malaysia pada harga RM 4,999.

Samsung Freestyle adalah sebuah projektor kompak yang mampu membawakan anda pengalaman televisyen pintar ke mana sahaja dan ianya mampu menawarkan paparan pada saiz berukuran sehingga 100 inci.

Selain itu, Samsung Freestyle juga dilengkapi pembesar suara 360° surround dengan bantuan smart assitant.

Projektor Samsung Freestyle kini rasmi di Malaysia pada harga RM 4,999 3

Samsung Freestyle kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 4,999 dan setiap pra-tempahan akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM 1,496 yang termasuk Freestyle Case (Dark Green) bernilai RM 299, Freestyle Skin ( Forest Green) bernilai RM 199 dan e-baucar RM998 Samsung untuk menebus pek bateri Freestyle bernilai RM 999 (penebusan pada 1 April hingga 31 Mei 2022).

https://youtu.be/6lnY8oqVh3A

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.