realme GT Neo3 akan hadir dengan cip Dimenisty 8100 dan pengecasan 150W UltraDart
Pada Mobile World Congress baru-baru ini, realme secara rasminya telah memperkenalkan teknologi pengecasan pantas UltraDart 100-200W dan telefon pintar pertama yang akan menggunakan teknokogi ini adalah realme GT Neo3.
realme GT Neo3 akan hadir dengan teknologi UltraDart 150W yang mampu mengecas bateri dari 0-50% didalam masa 5 minit sahaja.
Selain itu, realme juga telah mengesahkan bahawa realme GT Neo3 akan menjadi telefon pintar pertama dengan cip Dimenisty 8100.
Dalam pada itu, realme GT Neo3 juga dijangka akan hadir dengan skrin paparan 120Hz AMOLED berukuran 6.7-inci, sensor capjari dalam skrin, sehingga 12GB RAM dan bateri 4,500mAh
realme GT Neo3 dijangka akan memasuki pasaran antarabangsa didalam masa terdekat memandangkan pasaran India adalah antara pasaran pertama untuk menerima model ini.