Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple hentikan jualan semua produk Apple di Rusia – App Store masih boleh di akses


Apple telah mengesahkan ianya telah menghentikan penjualan produk Apple melalui stor atas talian Apple Rusia yang bermaksud pelanggan di Rusia kini tidak boleh membeli produk Apple seperti Mac, iPhone, iPad dan lain-lain.

Penjualan produk Apple telah dihentikan selepas rayuan daripada naib perdana menteri Ukraine iaitu Mykhailo Fedorov telah menulis surat kepada Tim Cook meminta Apple menghentikan jualan di Rusia dan menyekat akses App Store di Rusia.

Selain itu, Apple melalui satu kenyataan rasmi juga telah mengesahkan ianya juga telah menghentikan eksport produk mereka ke semua saluran jualan di Rusia dan menghentikan kemaskini secara langsung maklumat trafik dan insiden pada Apple Maps di Ukrain sebagai langkah keselamatan untuk rakyat Ukraine

Setakat ini, Apple masih belum menyekat akses kepada Apple App Store di Rusia.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.