Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Qualcomm FastConnect 7800 kini rasmi – pertama didunia untuk menyokong Wi-Fi 7


Qualcomm secara rasminya telah mengumumkan sistem perhubungan termaju didalam industri iaitu Qualcomm FastConnect 7800 yang membawakan sokongan Wi-Fi 7 dengan kelajuan sehingga 5.3 Gbps yang dikatakan mampu menawarkan sehingga 60% lebih kelajuan Wi-Fi berbanding generasi sebelum ini.

FastConnect 7800 juga menerajui industri dengan pengenalan teknologi High Band Simultaneous (HBS) Multi-Link yang merupakan keupayaan premium pada rangkaian Wi-Fi 7 yang membolehkan sambungan serentak pada beberapa rabgkaian 5GHz dan 6GHz untuk menyampaikan daya pemprosesan tertinggi dan kependaman mampan terendah, sambil menggunakan Wi-Fi 2.4GHz untuk Bluetooth dan Wi-Fi yang lebih rendah.


Selain Wi-Fi 7, Qualcomm FastConnect 7800 juga membawakan Bluetooth 5.3 yang hadir dengan teknologi Intelligent Dual Bluetooth yang beroperasi 50% lebih cekap tenaga , mengurangkan masa sambungan dan secara mendadak meningkatkan jarak sambungan.

Bluetooth 5.3 juga akan menyokong teknologi Snapdragon Sound yang membawakan audio yang lebih baik tanpa sebarang pengurangan pada kualiti.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.