Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HP 245 G8 dikuasakan AMD Ryzen™ Mobile Processor – Tingkatkan Produktiviti Perniagaan Anda dengan Komputer Riba Mesra Poket Dari Harga RM2,199 sahaja

HP 245 G8 dikuasakan AMD Ryzen™ Mobile Processor – Tingkatkan Produktiviti Perniagaan Anda dengan Komputer Riba Mesra Poket Dari Harga RM2,199 sahaja

HP merupakan jenama komputer riba global yang amat popular di kalangan golongan profesional di Malaysia.

Baru-baru ini HP telah mengeluarkan sebuah komputer riba yang mesra poket dan sesuai untuk perniagaan iaitu HP 245 G8 yang dikuasakan dengan AMD Ryzen Mobile Processor.

HP 245 G8

Komputer riba HP 245 G8 ialah komputer riba untuk golongan profesional perniagaan yang menyokong tugas perniagaan dengan yakin dan lancar dengan AMD Ryzen Mobile Processor

Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat kenapa komputer riba HP 245 G8 adalah yang terbaik untuk melancarkan pengurusan perniagaan syarikat anda.

Ringan tetapi berkuasa tinggi

Komputer riba HP 245 G8 menampilkan reka bentuk yang nipis dan ringan yang membolehkan anda melakukan kerja dimana sahaja tanpa mengira masa dan lokasi.

HP 245 G8 juga memiliki skrin paparan LCD berukuran 14-inci dengan sisi bezel yang nipis untuk pengalaman skrin yang lebih imersif tidak kira ketika melakukan kerja atau penstriman kandungan multimedia.

Dikuasakan dengan AMD Ryzen Mobile Processor untuk Perniagaan

Komputer riba HP 245 G8 memberikan anda sebuah peranti dengan kuasa pemprosesan luar biasa hasil penggunaan cip AMD Ryzen™ 5 5500U Mobile Processor

yang dipadankan bersama 8GB RAM. 

HP 245 G8 memberikan anda keyakinan dan kebolehan tanpa had untuk menyiapkan projek syarikat dengan lebih efisien dan pantas.

 

HP 245 G8

Teknologi Perhubungan yang menyeluruh

Komputer riba HP 245 G8 mampu memenuhi pelbagai aspek keperluan perniagaan anda kerana ianya boleh disambungkan kepada peranti sampingan port data USB Type-C®, port USB-A, port ethernet RJ-45 dan port HDMI.

Selain itu, anda juga tidak perlu risau kepada ancaman dunia siber yang berbahaya kerana setiap komputer riba keluaran HP memaksimakan kelebihan Windows 11 Home untuk melindungi anda daripada ancaman keselamatan dan meningkatkan ciri produktiviti dan pengurusan perniagaan.

Komputer riba HP 245 G8 juga memenuhi keperluan kerja jarak jauh dengan kamera HP HD dengan wide dynamic range (WDR) yang memastikan anda kelihatan sempurna ketika persidangan maya.

Satu lagi kelebihan Komputer riba HP 245 G8 adalah ianya memberikan akses yang lebih pantas kepada fail dan aplikasi dengan penggunaan memori solid-state drive (SSD) dengan storan yang lebih besar untuk menyimpan koleksi media digital anda.

Selain itu, HP 245 G8 juga dilengkapi teknologi HP Noise Cancellation yang merupakan teknologi penapisan hingar terkemuka dalam industri sekaligus memastikan semua audio yang diterima dan keluar ketika panggilan dan mesyuarat dalam talian adalah lebih jelas.

Dalam pada itu, perhubungan dan sambungan Wi-Fi pada komputer riba juga adalah antara yang terpantas di industri dengan penggunaan WLAN ac 2×2 dan Bluetooth 5.0

Jangka Hayat Bateri yang lebih lama

HP 245 G8 dengan AMD Ryzen Mobile Processor memberikan anda sebuah pakej komputer riba yang sangat cekap tenaga dan bateri pada komputer riba ini mampu bertahan sehingga 7 jam didalam satu pengecasan. Ini memberikan anda kebebasan untuk melakukan kerja pengurusan perniagaan atau berhibur dimana sahaja.

Jenama Komputer Riba dengan ciri Keselamatan Terbaik di Pasaran

HP merupakan jenama komputer riba dengan ciri keselamatan terbaik dipasaran dan ini memastikan setiap  maklumat dan data perniagaan adalah selamat dan hanya boleh diakses oleh anda.

Harga Berpatutan 

HP 245 G8 kini boleh dimiliki pada harga yang amat berpatutan iaitu RM 2,199 dan boleh dibeli di HP Online Store dan ianya turut diser dengan jaminan waranti selama setahun.

Akhir sekali, komputer riba HP 245 G8 yang dikuasakan dengan AMD Ryzen Mobile Processor memastikan anda sentiasa bersedia untuk pengurusan perniagaan yang lebih efisien dan efektif.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai HP 245 G8 dengan melayari  : https://www.hp.com/my-en/shop/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.