Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HP melancarkan HP Elite X3, Peranti Tiga-Dalam-Satu di Malaysia pada harga RM3599

hp-elite-x3HP melancarkan HP Elite X3, Peranti Tiga-Dalam-Satu di Malaysia pada harga RM3599

HP telah melancarkan sebuah peranti tiga-dalam-satu di pasaran Malaysia iaitu HP Elite X3. Sistem operasi Elite X3 ini berasaskan Windows 10 Mobile.

Sebagai sebuah peranti tiga-dalam-satu, telefon pintar HP yang premium ini boleh digunakan sebagai sebuah komputer dengan menghubungkan peranti berkenaan kepada sebuah dock khusus.

HP Elite X3 ini dilengkapi skrin bersaiz 5.96-inci dengan resolusi WQHD (2560×1440 pixel), dijanakan oleh pemproses Snapdragon 820, memori 4GB RAM, ruangan storan 64GB, serta bateri bersaiz 4,150mAh.

HP-Elite-x3-02

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 16 megapixel dan kamera depan 8 megapixel. Ia juga hadir dengan sokongan USB Type-C, pengimbas capjari dan mata.

HP Elite X3 dijual pada harga RM3,599 di Malaysia dan ia kini boleh ditempah melalui pihak HP Malaysia. Bagi mereka yang ingin mendapatkan dock atau Lapdock untuk HP Elite X3 ini, ia dijual secara berasingan.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.