Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

6,507 unit Redmi Note 11 Series berjaya dijual di Malaysia dalam masa 24 Jam


Siri Xiaomi Redmi Note 11 telah dilancarkan di Malaysia beberapa minggu lalu dan syarikat ini telah mengumumkan sebanyak 6,507 unit Redmi Note 11 Series berjaya dijual didalam masa 24 jam sahaja.

Jumlah ini adalah sesuatu yang mengagumkan dan Xiaomi Malaysia juga telah mengumumkan akan mengadakan jerayawara Redmi Note 11 Series di tiga lokasi pada 23 Februari sehingga 27 Februari ini.


Tiga lokasi tersebut adalah :

Orange Concourse, Sunway Pyramid, Selangor

Centre Court, Queensbay Mall, Penang

West Court, AEON Mall Tebrau City, JB

Selain itu, setiap pembelian Redmi Note 11 Series di jerayawara ini juga akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM 457 iaitu RM 100 baucar produk AIoT, Redmi Buds 3 Lite (RM 99), Mi Body Composition Scale (RM 119), Beg Kanvas (RM 40) dan sarung bantal premium (RM 99).

Redmi Note 11 Series terdiri daripada 4 model iaitu Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro, Redmi Note 11S dan Redmi Note 11.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.