Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TWS Oppo Enco Air2 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 249 sahaja


Selain Oppo Reno7 Series 5G dan Oppo Watch Free, TWS OPPO Enco Air2 juga telah tiba secara rasmi di Malaysia.

Oppo Enco Air2 dilengkapi dengan pemacu diafragma titan komposit 13.4mm untuk menyajikan pengguna dengan bass mendalam, dan kuat.

TWS ini juga direka bersama sebuah penggalak bass untuk mempertingkatkan lagi prestasi bass.


OPPO Enco Air2 menyediakan pengguna dengan audio seimbang yang sangat imersif dan terdapat dha dua kesan bunyi Enco Live serba baharu: iaitu
Bass Boost dan Clear Vocals.

Oppo Enco Air2 juga tampil dengan rekaan penutup bekas lut sinar yang sama seperti generasi sebelum ini yang popular dan minati ramai.

Selain itu, setiap earbuds Enco Air2 ini mempunyai seberat sekitar 3.5g yang menjadikanya antara  earbuds paling ringan di pasaran.

Sementara itu, OPPO Enco Air2 juga memastikan pendengaran muzik sehingga 4 jam tanpa memerlukan bekas pengecasan dan sehingga 24 jam dengan bekas pengecasan.

OPPO Enco Air2 juga menyokong kependaman rendah binaural dengan transmisi Bluetooth 5.2.

Selain itu, Oppo Enco Air2 juga telah menerima sijil TÜV Rheinland High Performance and Low Latency Certificate

Akhir sekali, OPPO Enco Air2 juga dilengkapi ciri AI Noise Cancellation untuk panggilan yang lancar dan tanpa halangan.

Enco Air2 ini juga menampilkan beberapa kawalan sesentuh pintar yang dikemas kini, ini termasuklah ketikan berganda untuk kawalan kamera jarak jauh.

OPPO Enco Air2 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 249 dalam dua pilihan warna iaitu Putih dan Biru.

Dapatkan Oppo Enco Air2 di Oppo Online Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.