Oppo Watch Free kini rasmi di Malaysia pada harga RM 449
Selain Oppo Reno7 Series 5G, OPPO Malaysia juga telah memperkenalkan Oppo Watch Free yang ditawarkan pada harga RM 449 sahaja.
Jam pintar kelas entry-level ini disertakan dengan Pemantauan OSleep All-Scenario Sleep Monitoring untuk membantu anda tidur lebih lena, berserta mod sukan profesional dan fungsi kesihatan yang lain.
OSleep All-Scenario Sleep Monitoring juga mampu menawarkan pemantauan tidur secara profesional, komprehensif, dan diperibadikan serta analisis untuk sebelum, sewaktu, dan selepas tidur.
Secara khususnya, penilaian dengkuran eksklusif, yang disokong oleh sensor profesional dan algoritma lanjutan, boleh mengesan masalah tidur dengan berkesan dan mengusulkan cadangan tepat pada masanya.
Sebagai contoh, OPPO Watch Free menghantar peringatan waktu tidur dan menganalisis kualiti tidur anda, tempoh tidur dan fasa tidur dengan ciri seperti analisis tidur nyenyak dan ringan serta pemantauan rapid eye movement (REM).
Selain itu, OPPO Watch Free mempunyai sensor gerakan 6-paksi terbina-dalam dan sensor denyutan jantung optik untuk menyokong lebih 100 mod sukan. sensor juga akan secara automatik mengenal pasti mod sukan yang berbeza, jadi anda tidak perlu lagi risau tentang terlupa mengoperasikan mod tersebut.
Sebagai tambahan, OPPO Watch Free juga menyokong pemantauan kadar degupan jantung 24-jam, yang merekodkan degupan jantung anda sepanjang masa dan memberi amaran kepada pengguna dengan getaran apabila degupan jantung tidak teratur dikesan.
OPPO Watch Free juga mempunyai hayat bateri yang panjang selama 14 hari. pengecasan 5 minit memberikan anda penggunaan seharian.
Oppo Watch Free juha tampil dengan pelbagai ciri seperti Notifikasi Mesej, Notifikasi Panggilan Masuk, Penolakan Panggilan, Find My Phone, and Music Playback Control.
OPPO Watch Free memiliki skrin paparan AMOLED HD 1.64-inci dan ianya juga disertakan dengan tali jam yang mesra kulit untuk keselesaan walaupun dipakai untuk tempoh yang lama.
Anda juga boleh mencipta wajah jam tangan tersendiri yang sepadan dengan pakaian anda dengan lebih 40+ pilihan wajah jam tangan pada OPPO Watch Free dan jam tangan AI Face 2.0.
OPPO Watch Free ditawarkan dalam dua pilihan warna Vanila dan Hitam pada harga RM 449.
Dapatkan Oppo Watch Free di Oppo Online Store, Oppo Brand Store dan pelbagai saluran jualan rasmi yang lain.