Oppo Find X5 Pro akan ditawarkan dengan cipset MediaTek Dimensity 9000 dan Snapdragon 8 Gen 1
Cipset flagship daripada MediaTek iaitu Dimensity 9000 telah dilancarkan pada bulan November yang lalu namun sehingga kini masih belum ada telefon pintar dipasaran yang menggunakan cipset ini.
.Walaubagaimanapun, Oppo Find X5 Pro yang akan dilancarkan bersama Oppo Find X5 pada 24 Februari akan menjadi telefon pintar pertama untuk menggunakan cipset MediaTek Dimensity 9000.
Ini bermaksud Oppo Find X5 Pro akan ditawarkan dengan dua jenis cipset flagship yang berbeza iaitu MediaTek Dimensity 9000 dan Snapdragon 8 Gen 1.
Selain itu, Oppo Find X5 Pro Dimensity Edition ini akan ditawarkan di China terlebih dahulu sebelum ke pasaran lain namun NPU terbaru daripada Oppo iaitu MariSilicone hanya akan ditawarkan pada Find X5 Pro versi Snapdragon 8 Gen 1.
Selain Oppo Find X5 Series, Oppo juga dijangka akan mreancarkan Oppo Enco X2, Oppo Watch 2 dan tablet pada majlis pelancaran yang akan berlangsung pada 24 Februari ini.