Honor Magic4 Series akan dilancarkan di MWC pada 28 Februari ini
Mobile World Congress 2022 akan berlangsung di Barcelona pada 28 Februari hingga 3 Mac ini dan Honor sebelum ini telah mengesahkan ianya akan menyertai sidang elektronik ini secara fizikal.
Honor kini telah mengesahkan bahawa Honor Magic4 Series adalah model telefon pintar akan dilancarkan dan harapan kita untuk melihat model ini dilancarkan untuk pasaran tempatan adalah amat cerah.
Buat masa ini tidak banyak maklumat mengenai Honor Magic4 Series ini diketahui namun salah satu daripada telefon pintar ini dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1.
Selain itu, Honor Magic4 Series juga dikatakan akan hadir dengan penggunaan sensor utama 50MP bersama satu sensor ultrawide 50MP.
Pandangan Pertama Honor Magic V – Telefon Pintar Foldable pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1