Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Find X5 Series akan dilancarkan pada 24 Februari ini – guna teknologi kamera Hasselblad

Oppo Find X5 Series akan dilancarkan pada 24 Februari ini - guna teknologi kamera Hasselblad 3
Oppo secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran telefon pintar flagship Oppo Find X5 Series akan diadakan pada 24 Februari ini.

Oppo Find X5 Series dijangka akan terdiri daripada dua model iaitu Oppo Find X5 dan Oppo Find X5 Pro dan ianya akan turut menjadi telefon pintar pertama Oppo untuk hadir dengan teknologi kamera yang terhasil dengan kerjasama Hasselblad.

Selain itu, pengesahan pelancaran Oppo Find X5 Series juga mengesahkan telefon pintar ini akan dilengkapi cip NPU 6nm tersendiri Oppo iaitu MariSillicon yang akan mengendalikan tugas pemprosesan imej.

Dalam pada itu, Oppo Find X5 Pro juga akan dilancarkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1 sekaligus meletakkanya sebagai antara flagship berkuasa tinggi dipasaran.

Majlis pelancaran Oppo Find X5 Series ini akan berlangsung pada 24 Februari ini bermula jam 7 malam waktu Malaysia dan ianya boleh disaksikan secara langsung di oppo.com

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.