Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord CE 2 5G kini rasmi dengan cip MediaTek 900 dan skrin AMOLED 90Hz


OnePlus secara rasminya telah melancarkan OnePlus Nord CE 2 5G yang tiba ke pasaran selang 6 bulan selepas OnePlus Nord 2 5G.

OnePlus Nord CE 2 5G yang mana ‘CE’ membawa maksid Core Edition mengekalkan beberapa spesifikasi OnePlus Nord 2 antaranya adalah skrin paparan FHD+ AMOLED berukuran 6.43-inci yang memiliki kadar segar semula 90Hz namun kamera selfie adalah 16MP dan bukanya 32MP.

Turut dikekalkan adalah bateri berkapasiti 4,500mAh bersama pengecasan pantas SuperVOOC 65W.

Seperi OnePlus Nord 2 5G, Nord CE 2 5G juga menggunakan cipset daripada MediaTek namun model ini menggunakan Dimensity 900 dan ianya dipadankan dengan 6GB atau 8GB RAM manakala storan dalaman adalah 128GB namun terdapat slot microSD.


Ke bahagian kamera, OnePlus Nord CE 2 mempunyai sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Selain itu, OnePlus Nord CE 2 5G juga mempunyai bicu audio 3.5mm, antaramuka OxygenOS 11.3 berasaskan Android 11 dan sokongan Dwi-SIM + microSD.

OnePlus Nord CE 2 5G akan ditawarkan dalam dua warna iaitu Gray Mirror dan Bahama Blue pada harga £299 di UK (RM 1,705)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.