Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT 2 Pro dan realme GT 2 akan dilancarkan di MWC 2022 pada 28 Februari ini

realme GT 2 Pro dan realme GT 2 akan dilancarkan di MWC 2022 pada 28 Februari ini 5
realme 9 Pro dan realme 9 Pro+ telah dilancarkan secara rasmi dan syarikat ini juga telah mengesahkan pelancaran telefon pintar flagship premium terbaru mereka iaitu realme GT2 Series pada 28 Februari ini di Mobile World Congress 2022 yang akan berlangsung di Barcelona.

realme GT2 Series telah dilancarkan pada bulan Januari yang lalu di China dan ianya akan terdiri daripada dua model iaitu realme GT2 dan realme GT2 Pro.

realme GT 2 Pro dan realme GT 2 akan dilancarkan di MWC 2022 pada 28 Februari ini 6

realme GT 2 dan realme GT 2 berkongsi reka bentuk khas berasaskan bahan belakang polimer berasaskan bio yang memberikan rasa seperti kertas dan ianya adalab kali pertama digunakan dipasaran.

reka bentuk ini telah dibangunkan oleh Naoto Fukusawa bersama realme Design Studio yang menawarkan kekuatan struktur sama seperti bahan fosil namun lebih mesra alam.

Menyentuh sedikit mengenai spesifikasi, realme GT 2 akan hadir dengan skrin paparan AMOLED 120Hz berukuran 6.62-inci dan pemproses Snapdragon 888 manakala realme GT 2 Pro pula hadir dengan skrin paparan LTPO2 AMOLED 120Hz berukuran 6.7-inci dan pemproses Snapdragon 8 Gen 1.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.