Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Microsoft Surface Laptop Studio dan Surface Pro 8 kini rasmi di Malaysia

Microsoft Surface Laptop Studio dan Surface Pro 8 kini rasmi di Malaysia 1

Microsoft Surface Laptop Studio dan Surface Pro 8 kini rasmi di Malaysia 2
Microsoft mengumumkan bahawa pra-tempahan bagi Surface Laptop Studio baharu kini telah di buka di Malaysia melalui penjual semula sah komersial dan peruncit sah. Selain itu, Surface Pro 8 juga kini telah ditawarkan pembelian melalui saluran runcit pengguna.

Surface Laptop Studio ialah Surface paling berkuasa Microsoft yang pernah dikeluarkan dan ianya berharga RM 7,399. Surface Laptop Studio dihasilkan sebagai peranti yang ideal untuk pembangun, pakar kreatif, pereka bentuk dan pemain, peranti ini menyampaikan kuasa desktop, mudah alih komputer riba dan studio kreatif semuanya dalam satu.

Microsoft Surface Laptop Studio dan Surface Pro 8 kini rasmi di Malaysia 3

Dengan Engsel Tenunan Dinamik ultra-tahan lama baharu, Surface Laptop Studio dapat beralih daripada satu mod ke mod yang lain dengan lancar.

• Dalam mod Komputer riba, pengguna dapat menikmati pengalaman menaip kelas pertama dengan papan kekunci penuh dan pad sentuh Precision Haptic.

• Dalam mod Stage, paparan skrin sentuh PixelSense 14.4” yang anggun ditarik ke hadapan ke sudut yang sempurna untuk permainan, penstriman, dok atau persembahan kepada pelanggan. Dengan papan kekunci dilindungi, anda boleh melakukan interaksi dengan Surface Slim Pen 2, sentuhan skrin atau pad sesentuh.

• Dalam mod Studio, gunakan kanvas optimum untuk menulis tanpa gangguan, lakaran dan kerja kreatif yang lain.

Microsoft Surface Laptop Studio dan Surface Pro 8 kini rasmi di Malaysia 4

Lebih-lebih lagi, Surface Slim Pen 2 disimpan dengan kemas di bawah papan kekunci, di mana ia dipasang secara magnetik dan dicas untuk akses mudah apabila diperlukan.

Selain itu, Surface Laptop Studio juga memiliki paparan 120Hz, pembesar suara Quad Omnisonic dan Dolby Atmos yang mengasyikkan membolehkan pengguna menetapkan imaginasi, mencipta dan bermain pada komputer riba serba boleh ini, sesuai untuk membina aplikasi, memaparkan video dan menstrim sangat pantas.

Bagi peminat gaming, komputer riba ini juga dilengkapi GPU DirectX 12 Ultimate dan NVIDIA  GeForce 3050 Ti, yang kini membolehkan pemain PC mengalami prestasi luar biasa dan kualiti imej luar biasa yang menyaingi realiti.

Microsoft Surface Laptop Studio dan Surface Pro 8 kini rasmi di Malaysia 5

Dengan pemproses Intel Core H35 Generasi ke-11 dan GPU NVIDIA GeForce RTX, Surface Laptop Studio mempunyai kuasa untuk menyelesaikan sebarang kerja dengan mudah.

Surface Laptop Studio

Intel Core i5, Intel Iris Xe Graphics, 16GB, 256GB SSD – RM 7,399

Intel Core i7, NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti, 16GB, 512GB SSD – RM 9,399

Intel Core i5, Intel Iris Xe Graphics, 32GB, 1TB SSD (Eksklusif di Harvey Norman) – RM 11,999

Dalam pada itu, Microsoft Surface 8 Pro pula akan ditawarkan pada harga dari RM 4,950.

Microsoft Surface Laptop Studio dan Surface Pro 8 kini rasmi di Malaysia 6
Surface Pro 8

Intel Core i5, 8GB, 128GB SSD, Platinum – RM 4,950

Intel Evo Core i5, 8GB, 256GB SSD, Black – RM 5,250

Intel EvoCore i5, 16GB, 256GB SSD, Black (Eksklusif di Harvey Norman) – RM 6,490

Intel Evo Core i7, 16GB, 256GB SSD, Black – RM 7,350

Intel Evo Core i7, 16GB, 512GB SSD, Black – RM 8,750

 Surface Laptop Studio dan Surface Pro 8 akan tersedia mulai 8 Mac dan 15 Februari masing-masing melalui penjual semula sah komersial seperti Maxis; dan  wakil penjual rasmi  seperti  All ITGloo by SNS Network, Harvey NormanLazada-Microsoft Authorised store, PC Image, Senheng,  Shopee-Microsoft Authorised store dan TMT by Thundermatch.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.