Samsung akan menawarkan 4 tahun kemaskini OS dan 5 tahun kemaskini keselamatan bagi Galaxy S22 Series – termasuk peranti flagship 2021
Samsung Galaxy S22 Series telah dilancarkan lewat malam tadi dan ianya kini telah dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia.
Tahun lalu, Samsung komited untuk menawarkan 3 tahun kemaskini OS dan 4 tahun kemaskini keselamatan bagi peranti flagship dan Galaxy A Series serta Galaxy M Series.
Walaubagaimanapun, Samsung telah mengumumkan bahawa peranti flagship Galaxy S22 Series dan Galaxy Tab S8 Series akan menerima 4 tahun kemaksini OS dan 5 tahun kemaksini keselamatan yang bermaksud ianya akan menerima kemaskini OS sehingga Android 16.
Selain itu, Samsung juga telah mengumumkan komitmen kemaskini Android ini akan turut meliputi peranti flagship 2021 yang termasuk Galaxy S21 Series dan telefon pintar foldable Galaxy Z Series.
Berikut adalah senarai peranti Samsung yang layak menerima 4 tahun kemaskini OS :
- Galaxy S Series: Galaxy S22, S22+, S22 Ultra as well as Galaxy S21, S21+, S21 Ultra, S21 FE dan generasi baharu Galaxy S series yang akan dilancarkan selepas ini
- Galaxy Z Series: Galaxy Z Fold3, Galaxy Z Flip3 dan generasi Z series yang akan datang
- Galaxy A Series: generasi baharu Galaxy A series
- Galaxy Tablets: Galaxy TabS8, S8+, S8 Ultra dan generasi baharu Tab S series selepas ini
pra-tempahan Samsung Galaxy S22 Series dan Galaxy Tab S8 Series kini dibuka di Malaysia.
Baca lanjut di Samsung Galaxy S22 Series kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia – tawaran hebat bernilai sehingga RM 1,317
Samsung Galaxy Tab S8 Series kini dibuka untuk pra-tempahan- percuma S Pen dan Book Cover Keyboard