Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C35 kini rasmi dengan skrin FHD+ dan sensor utama 50MP


realme secara rasminya telah melancarkan realme C35 di Thailand dan ianya adalah telefon pintar kelas entry-level yang memiliki spesifikasi baik.

realme C35 hadir dengan reka bentuk flat yang mengingatkan kami kepada Apple iPhone 13 Series.


realme C35 tampil dengan skrin paparan LCD berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+ namun kadar segar semula adalah 60Hz dan terdapat juga kamera selfie 8MP pada notch.

Pada bahagian belakang, realme C35 memiliki sensor utama 50MP bersama satu sensor makro 2MP dan sensor VGA B&W.

Selain itu, realme C35 juga memiliki pemproses Unisoc T616 yang dipadankan dengan 4GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 64GB atau 128GB. ianya juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.

realme C35 kini ditawarkan di Thailand didalam dua warna iaitu Glowing Green atau Glowing Black pada harga sekitar RM 741.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.