Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab S8 Series kini dibuka untuk pra-tempahan- percuma S Pen dan Book Cover Keyboard


Selain pra-tempahan bagi Samsung Galaxy S22 Series, Samsung Malaysia juga telah mengumumkan pembukaan pra-tempahan bagi tablet premium Galaxy Tab S8 Series terbaru.

Setiap pra-tempahan Samsung Galaxy Tab S8 Ultra, Tab S8+ dan Tab S8 akan menerima satu S Pen dan satu Book Cover Keyboard didalam kotak pembelian dan ini bernilai RM 1,738.

Selain itu, pra-tempahan Galaxy Tab S8 Series juga akan menerima satu tahun langganan Microsoft 365 Personal bernilai RM 269 dan satu Neoprene Pouch bernilai RM 149.

Berikut adalah senarai model Galaxy Tab S8 Series yang layak menikmati promosi pra-tempahan ini :

Samsung Galaxy Tab S8 Ultra 12/256GB – RM 5,899

Samsung Galaxy Tab S8+ 8/256GB – RM 4,599

Samsung Galaxy Tab S8 – 8/128GB – RM 3,299

Selain itu, Samsung juga menawarkan diskaun 30% bagi pembelian pelan perlindungan peranti Samsung Care+ iaitu hanya RM 231 bagi Galaxy Tab S8 Ultra atau Galaxy Tab S8+ dan RM 154 bagi Galaxy Tab S8.

Pra-tempah Samsung Galaxy Tab S8 Series di Samsung Online Store

Baca : Samsung Galaxy S22 Series kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia – tawaran hebat bernilai sehingga RM 1,317

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.