Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno7 Pro dan Reno7 akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

Oppo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar terbaru didalam siri Oppo Reno iaitu Reno7 Series akan dilancarkan dipasaran tempatan tidak lama lagi.

Oppo Reno7 Series telah mula memasuki pasaran antarabangsa bermula dengan pasaran India minggu lalu dan kita akan menyaksikan dua model dilancarkan iaitu Oppo Reno7 dan Oppo Reno7 Pro.

Oppo Reno7 Pro 5G adalah model paling premium daripada dua model yang dilancarkan dan ianya hadir dengan cip MediaTek Dimensity 1200 – Max yang dipadankan dengan 8GB atau 12GB RAM dan storan yang bermula daripada 256GB.

Selain itu, Oppo Reno7 Pro 5G hadir dengan skrin paparan FHD+ AMOLED 6.5-inci dengan kadar segar semula 90Hz yang juga mempunyai sensor capjari terbina dan kadar kecerahan maksima 800nits.

Pada bahagian kamera, Oppo Reno7 Pro 5G mempunyai sensor utama 50MP Sony IMX766, satu sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 32MP Sony IMX709.

Oppo Reno7 Pro 5G juga mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 65W Super VOOC , ColorOS 12 yang berasaskan Android 11 dan lampu LED mengelilingi modul kamera yang juga berfungsi sebagai lampu notifikasi.

Beralih kepada Oppo Reno7 5G pula, ianya ianya tampil dengan skrin paparan 90Hz AMOLED FHD+ berukuran 6.43-inci.

Selain itu, Oppo Reno7 5G hadir dengan cip MediaTek Dimensity 900 (bukan pemproses Snapdragon 778G seperti di China) yang dipadankan dengan 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Pada bahagian kamera, Oppo Reno7 5G hadir dengan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah sama seperti pada Reno7 Pro iaitu sensor 32MP daripada Sony.

Selain itu, Reno7 5G juga mempunyai bateri 4,500mAh dengan pengecasan 65W Super VOOC (Reno7 di China tampil dengan pengecasan 60W).

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.