Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 60 SE 5G dilancarkan secara rasmi – skrin OLED 120Hz dan cip MediaTek Dimensity 900


Honor secara rasminya telah melancarkan Honor 60 SE 5G yang merupakan model ketiga didalam Honor 60 Series selepas pelancaran Honor 60 dan Honor 60 Pro sebelum ini.

Honor 60 SE 5G hadir dengan reka bentuk modul kamera yang sama seperti iPhone Pro Series namun telefon pintar ini adalah model paling mampu milik didalam Honor 60 Series.

Modul kamera ini menempatkan sensor utama 64MP manakala masih belum ada sebarang maklumat mengenai dua sensor yang lain namun ianya adalah sama seperti pada Honor 60 yang menawarkan sensor ultrawide 8MP dan sensor depth 2MP.

Honor 60 SE 5G hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan liputan gamut warna 100% DCI-P3.

Telefon pintar ini juga dilengkapi cip MediaTek Dimensity 900 dengan 8GB RAM serta dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB.

Selain itu, Honor 60 SE 5G juga memiliki bateri berkapasiti 4,300mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W.

Honor 60 SE 5G tampil dengan antaramuka Magic UI 5.0 yang akan dikemaskini ke Magic UI 6.0 tidak lama lagi.

Berikut adalah harga Honor 60 SE 5G di China :

Honor 60 SE 5G 8/128GB – CNY 2,199 (RM 1,447)

Honor 60 SE 5G 8/256GB – CNY 2,499 (RM 1,645)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.