Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple Music kini hanya menawarkan 1 bulan percubaan percuma – sebelum ini 3 bulan

Apple Music kini hanya menawarkan 1 bulan percubaan percuma - sebelum ini 3 bulan 1

Apple Music kini hanya menawarkan 1 bulan percubaan percuma - sebelum ini 3 bulan 2
Perkhidmatan penstriman muzik Apple Music menawarkan 3 bulan langganan percuma sejak ianya dilancarkan beberapa tahun lalu namun ianya kini hanya tampil dengan 1 bulan langganan percuma.

Apple telah bertindak memendekan tempoh percubaan percuma Apple Music kepada satu bulan sahaja dan ianya melibatkan Malaysia, Amerika Syarikat, UK dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, Apple masih menawarkan 6 bulan langganan percuma Apple Music dengan pembelian produk Apple yang terpilih.

Apple Music kini hanya menawarkan 1 bulan percubaan percuma - sebelum ini 3 bulan 3

Bagi pasaran Malaysia, pelan individu Apple Music ditawarkan pada harga RM 14.90 sebulan manakala Apple Music Family yang menawarkan akses kepada 6 pengguna ditawarkan pada harga RM 22.90. Apple Music bagi pelajar universiti pula ditawarkan pada harga RM 6.90 sebulan dan ianya juga disertakan dengan langganan percuma Apple TV+.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.