Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S22 Series akan tampil dengan jala kitar semula yang dikutip di lautan

Samsung Galaxy S22 Series akan tampil dengan jala kitar semula yang dikutip di lautan 5
Debaran pelancaran Samsung Galaxy S22 Series semakin terasa dimana Samsung Unpacked 2022 akan berlangsung didalam masa 2 hari sahaja.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat pengeluar telefon pintar telah mula memberikan tumpuan khas kepada penjagaan alam sekitar dan telah membuat beberapa perubahan yang memberikan kesan besar kepada alam sekitar.

Samsung Galaxy S22 Series akan tampil dengan jala kitar semula yang dikutip di lautan 6
Terbaru Samsung telah mengumumkan kempen Galaxy For the Planet yang akan menggunakan plastik yang dibuang di lautan dan kesemua peranti Galaxy bermula dari peranti Samsung Galaxy yang akan dilancarkan pada 9 Februari ini.

Samsung Galaxy S22 Series akan tampil dengan jala kitar semula yang dikutip di lautan 7

Selain itu, Samsung juga akan mengitarsemula ancaman tersembunyi iaitu jala ikan yang terbiar dibuang dilautan. Samsung berkata kira-kira 640,000 tan jala ikan dibuang setiap tahun dan ini memerangkap dan menjerat hidupan marin, merosakkan terumbu karang dan habitat semula jadi dan malah juga dijumpai pada sumber makanan dan air kita.

Samsung akan menumpukan usaha kepada mengumpul dan mengguna semula jala ikan ini sebagai langkah pertama didalam penjagaan alam sekitar Galaxy for the Planet.

Jangan lupa saksikan majlis pelancaran Samsung Galaxy Unpacked 2022 pada 9 Februari ini pada jam 11 malam waktu Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.