Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iOS 15.4 akan bawa sokongan 120Hz Pro Motion pada semua aplikasi


Apple iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max merupakan telefon pintar pertama Apple dengan sokongan paparan 120Hz ProMotion namun sehingga kini hanya beberapa aplikasi yang menyokong kadar segar semula ini dan ianya hanya aplikasi sistem sahaja.

Walaubagaimanapun, perkara ini bakal berubah dengan kemaskini iOS 15.4 yang kini berada pada tahap beta dan selepas kemaskini ini, Apple akhirnya akan menawarkan sokongan bagi kesemua aplikasi untuk menggunakan kadar segar semula 120Hz ini.


Maklumat ini diberikan oleh seorang pembangun aplikasi dan beliau berkata ianya diperoleh dari seseorang yang berkerja di Apple.

Selain itu, tidak dapat dipastikan juga samada kesemua aplikasi akan beroperasi pada kadar 120Hz selepas kemaskini ini atau pembangun aplikasi masih perlu mengubah kod aplikasi mereka.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.