Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Malaysia tawar promosi CNY 2022 – diskaun menarik bagi Mi TV P1, Xiaomi 11T dan Xiaomi 11 Lite 5G NE


Xiaomi 12 Series mungkin adalah telefon pintar yang dinantikan oleh pengguna di Malaysia namun Xiaomi mahu anda meraikan sambutan Tahun Baru Cina dengan memiliki produk terbaru daripada syarikat ini pada harga yang lebih berpatutan.

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan mulai sekarang hingga 13 Februari ini anda model mendapatkan Mi TV P1 pada harga yang lebih berpatutan iaitu hanya RM 899 bagi Mi TV P1 32”, RM 1,499 bagi Mi TV P1 43” dan RM 1,999 bagi Mi TV P1 55”.

Anda boleh menikmati promosi ini di stor fizikal Xiaomi, wakil pengedar dan rakan penjual. Lihat sini untuk senarai kedai yang menawarkan Mi TV P1 Series ini.

Selain itu, Xiaomi juga menawarkan diskaun bernilai RM 200 bagi pembelian Xiaomi 11T 5G atau nikmati diskaun RM 100 dengan pembelian Xiaomi 11 Lite 5G NE namun promosi ini hanya sehingga 31 Januari 2022.

Berikut adalah harga Xiaomi 11T 5G dan Xiaomi 11 Lite 5G NE selepas diskaun :

Xiaomi 11T 5G – 8/128GB – RM 1,499

Xiaomi 11T 5G – 8/256GB – RM 1,699

Xiaomi 11 Lite 5G NE – 8/128GB – RM 1,299

Xiaomi 11 Lite 5G NE – 8/256GB – RM 1,499

Setiap pembelian telefon pintar ini juga akan menerima Mi Composition Scale 2 bernilai RM 119 secara percuma.

Anda juga berpeluang memenangi Mi TV P1 43” atau Mi TV P1 55”  bernilai sehingga RM 2,499 dengan berbelanja di stor fizikal.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.