Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Oppo A95 – Telefon Pintar Entry-Level dengan reka bentuk premium

Oppo A95

Pengenalan

Pada bulan November yang lalu Oppo secara rasminya telah melancarkan sebuah telefon pintar midrange yang ditawarkan pada harga RM 1,099 iaitu Oppo A95

Oppo A95 tampil dengan reka bentuk yang agak premium bagi peranti didalam kelas harga ini namun reka bentuk sahaja tidak mampu menjamin kejayaan telefon pintar didalam kelas midrange yang sangat kompetitif.

Oppo Malaysia telah menghantar kami satu unit Oppo A95 untuk kami cuba sendiri kemampuan telefon pintar ini dan berikut adalah ulasan penuh kami.

Reka Bentuk & Skrin Paparan

Oppo A95 tampil dengan reka bentuk yang premium dimana ianya menampilkan reka bentuk yang kelihatan premium dan unit reviu kami hadir didalam warna Rainbow Silver yang menampilkan kemasan Oppo Glow Design.

Oppo Glow memberikan kemasan gradiasi yang sangat elegan untuk dilihat dan panel belakang ini tampil didalam kemasan matte yang memastikan tiada sebarang capjari ada pad peranti walaupun anda tidak menggunakan bekas silikon yang juga disertakan didalam kotak.

Oppo Reno A95 ini juga mempunyai profil yang sangat nipis iaitu hanya 9.5mm dengan berat 175gram namun telefon pintar ini masih memberikan anda bicu audio 3.5mm untuk pendengaran muzik berwayar namun ianya mungkin tidak begitu relevan kerana TWS kini menjadi pilihan utama pengguna.

Oppo juga menawarkan promosi memiliki satu unit TWS bernilai RM 109 dengan harga RM 1 apabila anda membeli Oppo A95 ini.


Selain bicu audio 3.5mm, bahagian bawah Oppo A95 ini juga menempatkan gril pembesar suara namun ianya adalah pembesar mono sahaja. Terdapat juga slot USB-C untuk pengecasan.

Pada bahagian sisi kanan pula terdapat butang kuasa manakala pada sisi kiri terdapat butang pelaras kelantangan bunyi dan slot SIM + MicroSD.

Beralih kepada skrin pula, Oppo A95 tampil dengan skrin paparan AMOLED 60Hz berukuran 6.43-inci dengan resolusi FHD+ (2400×1080) dan kadar kepadatan piksel 409ppi.

Skrin paparan ini juga mempunyai nisbah skrin kepada rangka yang tinggi iaitu 90.8% dengan bezel yang nipis pada sekeliling skrin dan terdapat juga lubang punch-hole yang menempatkan kamera selfie 16MP.

Skrin paparan ini juga ternyata sesuai digunakan pada semua keadaan kerana ianya mempunyai kadar kecerahan maksima sekitar 800nits.

Akhir sekali, Oppo A95 juga menempatkan sensor capjari terbina dalam skrin yang membolehkan anda membuka peranti dengan lebih pantas.


Pemproses

Oppo A95 hadir dengan cip pemproses Snapdragon 662 yang telah lama berada dipasaran dan ini sedikit mendukacitakan kerana kebanyakkan telefon pintar pada jangka harga yang sama menawarkan cipset yang lebih pantas dan terkini dipasaran.

Walaubagaimanapun satu kelebihan yang dimiliki cip Snapdragon 662 ini adalah ianya terbukti mampu menawarkan prestasi yang konsisten dan stabil walaupun bukanya yang terbaik.

Bersama-sama cip Snapdragon 662 ini, Oppo A95 juga disertakan dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman yang mana Oppo juga menyertakan teknologi RAM Expansion yang bermaksud sehingga 5GB storan dalaman boleh digunakan sebagai RAM untuk pengalaman tanpa lag.

Oppo A95 juga hadir dengan antaramuka ColorOS 11.1 yang berasaskan Android 11 dan ianya menawarkan prestasi UI yang konsisten tanpa sebarang masalah.

Secara keseluruhan, penggunaan cip Snapdragon 662 pada telefon pintar ini adalah kekurangan terbesar namun pelbagai spesifikasi lain yang dimiliki telefon pintar ini sedikit sebanyak menebus kekurangan ini.


Kamera

Oppo A95 tampil dengan tetapan tri-kamera iaitu satu sensor utama 48MP, satu sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP.

Sepanjang kami melakukan review, kami mendapati kamera Oppo A95 ini mampu menawarkan hasil gambar yang baik pada keadaan cahaya yang baik dan ianya adalah dengan menggunakan sensor utama yang menawarkan resolusi lebih tinggi.

Walaubagaimanapun sensor makro telefon pintar tidak mampu memberikan hasil gambar yang setaraf sensor utama kerana ianya hanya memiliki resolusi 2MP. Apa pun ianya adalah sesuatu yang biasa pada tahap harga ini.

Selain itu, Oppo A95 juga menawarkan anda fotografi malam yang membolehkan anda mengambil gambar night mode yang lebih baik.

Dalam pada itu, Oppo A95 juga memiliki kamera selfie 16MP yang memberikan anda hasil selfie yang memuaskan pada telefon pintar didalam kelas harga ini.

Bateri

Satu lagi kelebihan Oppo A95 adalah bateri yang besar iaitu 5,000mAh dan ini berjaya dilakukan walaupun telefon pintar ini memiliki profil yang nipis.

Selain itu, Oppo A95 juga memiliki sokongan pengecasan pantas 33W Flash Charge yang memberikan anda pengecasan ke tahap 54% didalam masa 30 minit sahaja.

Pengecasan pantas pada telefon pintar kini seperti sudah menjadi ciri wajib yang harus disertakan dan ianya adalah positif untuk menyaksikan Oppo memberikan pengecasan yang 33W lebih pantas pada tahap harga ini.


Penutup

Oppo A95 mungkin bukan antara telefon pintar yang menonjol dipasaran namun kekurangan pada bahagian cipset ini ditebus dengan pelbagai ciri-ciri tambahan pada aspek lain seperti sensor utama yang lebih baik, skrin paparan AMOLED dan 8GB RAM.

Pada harga RM 1,099, harga jualan Oppo A95 adalah sedikit tinggi berbanding telefon pintar  lain yang menawarkan spesifikasi yang sama.

Oppo A95 kini boleh ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,099 dan anda boleh mendapatknya di Oppo Brand Store, Oppo Online Store dan pelbagai wakil pengedar sah rasmi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.