Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

5 sebab kenapa realme 9i patut menjadi telefon pintar gaming pertama anda

 

5 sebab kenapa realme 9i patut menjadi telefon pintar gaming pertama anda 17
5 sebab kenapa realme 9i patut menjadi telefon pintar gaming pertama anda

realme, sebuah jenama telefon pintar yang popular di Malaysia sejak pelancaran produk pertama mereka pada tahun 2018.

Sejak itu, pertumbuhan luar biasa realme telah menyaksikan syarikat ini memecah beberapa rekod jualan yang luar biasa seperti syarikat telefon pintar terpantas mencapai angka jualan 100 juta unit dan syarikat yang paling berkembang pesat di pasaran.

Selain itu, kejayaan ini juga telah mendorong realme menerokai pasaran produk AIoT, produk rumah pintar dan banyak lagi.

Baru-baru ini, realme Malaysia telah memperkenalkan realme 9i sebagai telefon pintar pertama syarikat ini dengan cip Snapdragon 680 6nm.

Tambahan lagi, realme 9i merupakan model terbaru di dalam realme Number Series yang telah dinobatkan sebagai siri telefon pintar yang terpantas untuk mencapai angka jualan 40 juta unit.

realme 9i bakal menjadi sebuah peranti yang memberikan definisi baharu bagi telefon pintar pada harga dibawah RM 1,000 dan berikut adalah 5 sebab kenapa realme 9i patut menjadi telefon pintar gaming pertama anda.

5 sebab kenapa realme 9i patut menjadi telefon pintar gaming pertama anda 18
Snapdragon 680 – loncatan prestasi mendadak dengan cip 6nm 

realme 9i menjadi telefon pintar pertama dibawah harga RM 1,000 untuk menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 680 yang diperbuat daripada proses 6nm yang setaraf cip pemprosesan flagship.

Cip Snapdragon 680 6nm  membolehkan realme 9i menawarkan prestasi yang luar biasa yang mana peningkatan prestasi hasil pengguna cip 6nm daripada Snapdragon ini adalah 42% lebih tinggi dan pada masa yang sama juga menawarkan kadar penggunaan tenaga yang 62% lebih efisien.

Selain itu, cip Snapdragon 680 6nm yang digunakan pada realme 9i juga menawarkan peningkatan prestasi pada tiga komponen utama sebuah cip pemprosesan iaitu prestasi CPU yang menyaksikan 25% peningkatan untuk lebih kuasa, prestasi pemprosesan grafik (GPU) yang 10% lebih baik dan 25% peningkatan prestasi AI untuk menjadikan realme 9i sebuah telefon pintar yang lebih ‘pintar’.

Dalam pada itu, realme 9i juga membawakan sokongan teknologi Dynamic RAM Expansion (DRE) yang membolehkan sehingga 5GB kapasiti storan dalaman digunakan sebagai RAM untuk prestasi multitasking yang lebih lancar.

Dengan prestasi sehebat ini, realme 9i kini menjadi peneraju pasaran bagi telefon pintar dibawah harga RM 1,000 yang akan lebih kompetitif selepas ini.

5 sebab kenapa realme 9i patut menjadi telefon pintar gaming pertama anda 19

Skrin Paparan 6.6-inci yang menawarkan kadar segar semula 90Hz untuk gaming yang lebih imersif

Untuk menjadi sebuah peranti gaming yang baik, prestasi sahaja tidak mencukupi dan satu lagi aspek yang perlu diberikan fokus adalah skrin.

realme 9i hadir dengan skrin paparan berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz untuk grafik dan visual yang lancar ketika gaming dan menonton video.

5 sebab kenapa realme 9i patut menjadi telefon pintar gaming pertama anda 20
Bateri 5,000mAh & Pengecasan Pantas 33W Dart Charge

realme 9i juga mengekalkan tradisi syarikat yang menawarkan bateri berkapasiti tinggi pada telefon pintar keluaran mereka.

realme 9i hadir lengkap dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang mana dengan kombinasi cip Snapdragon 680 6nm mampu menawarkan anda sesi gaming yang lebih lama tanpa perlu pengecasan.

Walaubagaimanapun, realme 9i juga tampil dengan sokongan pengecasan pantas 33W Dart Charge yang memastikan pengecasan pantas boleh dilakukan sepantas 70 minit sahaja.

Ini juga bermaksud realme 9i hadir dengan teknologi pengecasan yang 36% lebih pantas berbanding realme 8i.

5 sebab kenapa realme 9i patut menjadi telefon pintar gaming pertama anda 21
Sistem Penyejukan yang lebih baik untuk sesi gaming yang lebih lama.

realme 9i juga dilengkapi sistem penyejukan peranti yang lebih baik dan ini membolehkan pemproses Snapdragon 680 6nm berfungsi pada tahap maksima tanpa sebarang isu pemanasan ketika sesi gaming yang berpanjangan.
5 sebab kenapa realme 9i patut menjadi telefon pintar gaming pertama anda 22

Peranti Gaming berpatutan pada harga RM 869 sahaja!

realme 9i akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 869 sahaja dan ini meletakkan telefon pintar sebagai satu telefon pintar dengan nilai belian paling berbaloi dipasaran.

realme 9i akan ditawarkan di Malaysia mulai 19 Januari secara eksklusif di stor rasmi realme Malaysia di Shopee manakala jualan di stor fizikal realme pula akan bermula pada 22 Januari.

Selain itu, 500 pembeli pertama realme 9i juga akan menerima realme Buds Air Neo 2 secara percuma.

5 sebab kenapa realme 9i patut menjadi telefon pintar gaming pertama anda 235 sebab kenapa realme 9i patut menjadi telefon pintar gaming pertama anda 24

Bersempena dengan pelancaran realme 9i, realme juga akan menawarkan jualan promosi istimewa bagi beberapa aksesori realme seperti realme Mobile Game Trigger yang akan ditawarkan pada harga RM 39 (RRP RM69) dan realme Brick Bluetooth Speaker yang akan ditawarkan pada harga RM 139 sahaja (RRP RM 199)

Dapatkan Aksesori realme ini di stor rasmi realme di Shopee

Kesimpulannya, pelancaran realme 9i dengan spesifikasi dan cipset 6nm yang setaraf peranti flagship meletakkan telefon pintar terbaru Number Series ini di dalam landasan terbaik untuk meneruskan lagi kejayaan yang dikecapi siri ini sejak ianya dilancarkan kira-kira 3.5 tahun lalu.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.