Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 9 Pro+ disahkan akan dilancarkan tidak lama lagi

realme 9 Pro+ disahkan akan dilancarkan tidak lama lagi 1

realme 9 Pro+ disahkan akan dilancarkan tidak lama lagi 2
realme baru sahaja selesai melancarkan realme 9i yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 869 dan syarikat ini kini telah mengesahkan kewujudan satu lagi model didalam siri realme 9 ini.

realme 9i kini rasmi di Malaysia dengan cip 6nm Snapdragon 680, skrin 90Hz dan sensor utama 50MP

realme India telah mengesahkan bahawa realme 9 Pro+ akan dilancarkan tidak lama lagi dan ianya akan menjadi model Pro+ pertama didalam realme Number Series yang telah mencapai jumlah jualan 40 juta unit sejak dilancarkan.

Selain itu, realme 9 Pro+ juga dijangka akan hadir dengan cip MediaTek 920, skrin paparan Super AMOLED 90Hz dan bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 65W.

realme 9 Pro+ juga dijangka akan memiliki sensor utama Sony 50MP dengan OIS dan sensor ultrawide 8MP serta sensor 2MP.

Selain realme 9 Pro+, realme 9 Pro juga dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.