Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A03 kini di Malaysia pada harga dari RM 469 sahaja


Samsung Mobile Malaysia telah mula menawarkan Samsung Galaxy A03 yang merupakan sebuah telefon pintar kelas entry level dan ianya hadir dengan harga dari RM 469 sahaja

Terus kepada spesifikasi, Samsung Galaxy A03s hadir dengan skrin paparan TFT LCD Infinity-V berukuran 6.5-inci (720 x 1600), pemproses Unisoc T606, 3GB atau 4GB RAM dan storan dalaman 32GB atau 64GB.

Selain itu, Samsung Galaxy A03 juga hadir dengan sensor utama 48MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 5MP.

Selain itu, Samsung Galaxy A03s juga hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut disertakan dengan pengecasan 7.75W, sensor capjari pada bahagian sisi, Android 11 dan slot microSD (1TB).

Samsung Galaxy A03 kini ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam, merah dan biru pada harga RM 469 bagi versi 3/32GB dan RM 549 bagi versi 4/64GB.

Dapatkan Samsung Galaxy A03 di Samsung Experience Store, wakil pengedar rasmi dan Samsung Online Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.