Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone SE+ 5G mungkin dilancar pada bulan April atau Mei 2022


Ketua pegawai eksekutif Display Supply Chain Consultants iaitu Ross Young telah mendedahkan bahawa maklumat yang memberikan petunjuk bahawa pelancaran Apple iPhone SE+ 5G akan berlangsung tidak lama lagi.

Proses pengkilangan panel paparan bagi iPhone SE+ 5G ini akan bermula bulan ini dan ini bermaksud majlis pelancaran telefon pintar ini akan berlangsung pada lewat bulan April atau awal Mei sebelum memasuki pasaran beberapa minggu selepas itu.

Apple iPhone SE+ 5G ini dilaporkan akan hadir dengan reka bentuk yang sama seperti generasi sekarang dan ianya akan memfokuskan kepada penawaran rangkaian 5G pada harga yang berpatutan.

Untuk menyokong 5G, Apple iPhone SE+ 5G ini dijangka akan tampil dengan cip Apple A15 dan modem Snapdragon X60 seperti pada iPhone 13 Series.

Selain Apple iPhone SE+ 5G, Apple juga akan melancarkan iPad Air yang baharu pada pelancaran ini dan ianya mungkin tampil dengan cip A15X.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.