Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Black Shark 4 Pro rasmi di Malaysia dengan skrin 144Hz dan Snapdragon 888 – harga dari RM 2,599 sahaja

Black Shark 4 Pro rasmi di Malaysia dengan skrin 144Hz dan Snapdragon 888 - harga dari RM 2,599 sahaja 1

Black Shark 4 Pro rasmi di Malaysia dengan skrin 144Hz dan Snapdragon 888 - harga dari RM 2,599 sahaja 2

Black Shark secara rasminya telah melancarkan  Black Shark 4 Pro untuk pasaran Malaysia dan ianya akan ditawarkan pada harga dari RM 2,599.

Menyentuh mengenai spesifikasi Black Shark 4 Pro, ianya hadir dengan skrin paparan E4 AMOLED berukuran 6.67-inci keluaran Samsung dan ianya menyokong kadar segar semula 144Hz selain kadar pensampelan sentuhan 720Hz.

Black Shark 4 Pro memiliki cip Snapdragon 888 dan untuk pengurusan terma yang lebih baik, versi Pro juga disertakan dengan dua lapisan sistem penyejukan Liquid Cooling.

Beralih kepada bateri pula, Black Shark 4 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang menawarkan pengecasan pantas 120W yang mana pengecasan penuh dari 0-100% boleh dilakukan didalam masa kurang dari 15 minit.

Pada bahagaian kamera, Black Shark 4 Pro tampil dengan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP selain satu sensor makro 5MP.

Selain itu, Black Shark 4 Pro juga menampilkan butang shoulder yang boleh di pra-tetap, sensor capjari dalam skrin dan butang kelantangan bunyi dibahagian sisi kiri serta antaramuka JOY UI.

Harga jualan Black Shark 4 Pro di Malaysia adalah seperti berikut:

Black Shark 4 Pro 8/128GB – RM 2,599

Black Shark 4 Pro 12/256GB – RM 2,999

Black Shark 4 Pro rasmi di Malaysia dengan skrin 144Hz dan Snapdragon 888 - harga dari RM 2,599 sahaja 3
Black Shark 4 Pro akan mula dibuka untuk pra-tempahan pada 25 Januari ini secara eksklusif di Shopee dan 100 pembeli pertama akan menerima hadiah percuma bernilai RM 500.

Pra-tempah Black Shark 4 Pro di stor rasmi Black Shark di Shopee melalui pautan dibawah (mulai 25 Januari).

Black Shark 4 Pro 8/128GB

Black Shark 4 Pro 12/256GB

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.