Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V23 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 2,099 – panel belakang boleh bertukar warna


Selepas hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini, vivo secara rasminya telah melancarkan vivo V23 5G di Malaysia dengan harga RM 2,099.

vivo V23 5G adalah sebuah telefon pintar unik kerana panel belakang Fluorite AG yang mampu berubah warna apabila ianya didedahkan kepada cahaya matahari yang unik.

vivo V23 5G tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.44-inci 90Hz yang menawarkan resolusi FHD+.

Panel skrin ini juga mempunyai satu takukan kecil pada bahagian tengah dan ianya menempatkan satu sensor selfie 50MP bersama satu sensor ultrawide 8MP.

Dari segi prestasi, vivo V23 5G hadir dengan cip MediaTek Dimensity 920, 12GB RAM + Extended RAM 2.0 yang memberikan tambahan 4GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Ke bahagian kamera pula, vivo V23 5G menampilkan penggunaan tiga kamera dibelakang iaitu sensor utama 64MP, sensor sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Dalam pada itu, vivo V23 5G juga memiliki bateri berkapasiti 4,200mAh yang membawakan sokongan pengecasan pantas 44W.

Lain-lain ciri yang disertakan pada vivo V23 5G adalah Liquid Cooling System, Ultra Game Mode, Funtouch OS 12 dan sensor capjari dalam skrin.

Vivo V23 5G akan ditawarkan mulai 14 Januari di kedai konsep vivo, wakil pengedar rasmi, vivo E-store, dan stor flagship vivo di Shopee dan Lazada.


Bagi pembelian vivo V23 5G pada 14 hingga 16 Januari, pelanggan akan menerima hadiah percuma bernilai RM 688 yang termasuk TWS 2e, 1-tahun perlindungan skrin retak dan 1-tahun waranti tambahan.

Bagi pembelian dari 17 Januari hingga 14 Februari pula, pelanggan akan menerima wireless vacuum cleaner, 1-tahun perlindungan skrin retak dan 1-tahun waranti tambahan yang bernilai RM 588.

vivo V23 5G ditawarkan didalam dua warna iaitu Sunshine Gold dan Stardust Black.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.