Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max mungkin hadir dengan sensor utama 48MP

Apple iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max mungkin hadir dengan sensor utama 48MP 3
Laporan terbaru daripada TrendForce mendakwa bahawa Apple iPhone 14 Pro akan memiliki sensor kamera 48MP.

Jika benar, ia akan menjadi kali ke-3 resolusi kamera utama iPhone ditingkatkan selepas iPhone 4S ( dari 5MP pada iPhone 4 ke 8MP) dan iPhone 6s (dari 8MP pada iPhone 6 ke 12MP).

Selain itu, laporan ini juga memberikan petunjuk bahawa Apple lebih serius didalam bahagian fotografi pada iPhone.

Kemungkinan besar Apple beralih kepada kamera dengan resolusi yang lebih tinggi adalah untuk menawarkan rakaman video 8K pada iPhone Pro selain gambar resolusi lebih tinggi pada mod potret dan landskap.

Selain itu, penganalisa terkemuka Ming-Chi Kuo juga beberapa kali telah memperkatakan mengenai sensor 48MP pada iPhone 14 Pro dan beliau juga mendakwa iPhone 15 akan memiliki sensor periskop.

Dalam pada itu, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro juga dikatakan akan menampilkan reka bentuk kamera punch-hole yang turut bermaksud FaceID akan terbina dibawah skrin.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.