Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 9i akan dilancarkan di Malaysia pada 19 Januari ini


realme Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa realmeĀ 
9i akan dilancarkan pada 19 Januari ini.

realme 9i akan memasuki pasaran Malaysia selepas ianya dilancarkan di Vietnam beberapa hari lalu.

realme 9i adalah sebuah peranti midrange yang memiliki skrin paparan FHD+ IPS LCD berukuran 6.6-inci dengan kadar segar semula 90Hz yang mempunyai kebolehan menyokong kadar segar semula antara 30Hz, 48Hz, 50Hz, 60Hz dan 90Hz.

Bersama cip Snapdragon 680, realme 9i juga disertakan dengan 6GB RAM dan 128GB storan dalaman yang mana 5GB daripada storan ini juga boleh digunakan sebagai RAM virtual.

Pada bahagian kamera, realme 9i memiliki tiga unit kamera iaitu satu sensor utama 50MP f/1.8 bersama satu sensor makro dan satu sensor B&W. Kamera selfie realme 9i ini adalah 16MP.


Akhir sekali, realme 9i juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang membawakan sokongan pengecasan pantas 33W Dart Charger dan tidak lupa antaramuka realme UI 2.0 yang berasaskan Android 11.

realme 9i akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Blue and Black.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.