Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelancaran cip flagship Exynos 2200 telah ditunda


Samsung Semiconductor sepatutnya memperkenalkan cip pemproses flagship Exynos 2200 semalam namun atas sebab yang tidak diketahui ianya telah ditunda pada saat-saat akhir.

Selain itu, posting di Twitter memgenai pengumuman pelancaran ini juga telah dipadam dari akaun rasmi syarikat ini.

Walaubagaimanapun, masih belum terlambat untuk Samsung melancarkan cip Exynos 2200 ini kerana pelancaran Samsung Galaxy S22 Series dijangka hanya akan berlangsung pada 8 Februari 2022.

Pembatalan majlis pelancaran sesuatu produk pada saat akhir mungkin memberi petunjuk bahawa terdapat sedikit isu yang timbul namun ianya dijangka tidak akan memberikan kesan besar kepada pelancaran Galaxy S22 Series yang akan menggunakan cip Exynos 2200 yang akan hadir dengan GPU daripada AMD ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.