Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI P50 Pocket kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 5,999

HUAWEI secara rasminya telah melancarkan telefon pintar boleh lipat kompak pertama mereka iaitu HUAWEI P50 Pocket ke pasaran Malaysia dengan harga dari RM 5,999

HUAWEI P50 Pocket hadir dengan skrin paparan utama berukuran 6.9-inci yang merupakan panel OLED 1 bilion warna yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dan nisbah 21:9 (442 ppi).

HUAWEI P50 Pocket juga mempunyai smart Cover Screen yang di letakkan pada reka bentuk double-ring yang sinonim dengan HUAWEI P50 Series.

HUAWEI P50 Pocket hadir dengan reka bentuk engsel multi-dimensional yang memberikan lipatan tanpa sebarang ruang dan ianya adalah juga lebih tahan lasak dan kukuh berbanding generasi sebelum ini.




HUAWEI P50 Pocket hadir dengan tiga unit kamera pada bahagian belakang iaitu satu sensor utama 40MP True-Chroma , satu sensor ultrawide 13MP, sensor 32MP Ultra-Spectrum dan sensor suhu warna. terdapat juga kamera selfie pada skrin utama.

HUAWEI P50 Pocket juga mempunyai sensor capjari pada butang kuasa di sisi

HUAWEI P50 hadir dengan pemproses flagship Snapdragon 888 4G, 8GB RAM dan 256GB storan dalaman. Walaupun hadir dengan reka bentuk yang kompak, HUAWEI P50 Pocket juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 40W.

HUAWEI P50 Pocket akan ditawarkan didalam dua warna iaitu White danĀ Premium Gold.

HUAWEI P50 Pocket 8/256GB – RM 5,999

HUAWEI P50 Pocket Premium Edition – RM 7,299


Pra-tempahan kini dibuka dimana setiap pembelian akan menerima satu unit HUAWEI Watch GT 3, 1 tahun tambahan waranti dan baucar HUAWEI Mobile Services & Partner bernilai RM 725.

Anda boleh membuat pra-tempahan di HUAWEI Experience Store, HUAWEI Online Store, Lazada, Shopee dan Sengheng.

Jualan rasmi akan bermula pada 22 Januari dan akan turut ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi utama Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.