Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 9i kini rasmi dengan Snapdragon 680 dan tri-kamera 50MP

realme 9i kini rasmi dengan Snapdragon 680 dan tri-kamera 50MP 1

realme 9i kini rasmi dengan Snapdragon 680 dan tri-kamera 50MP 2
realme 9i telah dilancarkan secara rasmi di Vietnam dan ianya adalah telefon pintar pertama realme untuk hadir pemproses Snapdragon 680.

Selain di Vietnam, realme 9i juga akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi selepas realme mengesahkan bahawa produk pertama mereka bagi tahun 2022 adalah telefon pintar dengan cip Snapdragon 680.

realme 9i kini rasmi dengan Snapdragon 680 dan tri-kamera 50MP 3

realme 9i adalah sebuah peranti midrange yang memiliki skrin paparan FHD+ IPS LCD berukuran 6.6-inci dengan kadar segar semula 90Hz yang mempunyai kebolehan menyokong kadar segar semula antara 30Hz, 48Hz, 50Hz, 60Hz dan 90Hz.

Bersama cip Snapdragon 680, realme 9i juga disertakan dengan 6GB RAM dan 128GB storan dalaman yang mana 5GB daripada storan ini juga boleh digunakan sebagai RAM virtual.

realme 9i kini rasmi dengan Snapdragon 680 dan tri-kamera 50MP 4

Pada bahagian kamera, realme 9i memiliki tiga unit kamera iaitu satu sensor utama 50MP f/1.8 bersama satu sensor makro dan satu sensor B&W. Kamera selfie realme 9i ini adalah 16MP.

realme 9i kini rasmi dengan Snapdragon 680 dan tri-kamera 50MP 5
Akhir sekali, realme 9i juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang membawakan sokongan pengecasan pantas 33W Dart Charger dan tidak lupa antaramuka realme UI 2.0 yang berasaskan Android 11.

realme 9i akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Blue and Black dengan harga bagi pasaran Malaysia adalah dibawah RM 1,000.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.