Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic V kini rasmi dengan reka bentuk premium dan Snapdragon 8 Gen 1


Honor secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar foldable pertama syarikat ini iaitu Honor Magic V yang akan turut hadir dengan antaramuka terbaru syarikat ini iaitu Magic UI 6.

Honor Magic V adalah telefon pintar dengan skrin boleh lipat menegak yang sama seperti Samsung Galaxy Z Fold3, Huawei Mate X2 dan Oppo Find N. Honor Magic V tampil dengan reka bentuk engsel tanpa ruang apabila dilipat dan ianya diperbuat daripada 213 komponen berketahanan tinggi.

Honor Magic V hadir dengan skrin paparan luaran Curved Nano Crystal Glass berukuran 6.45-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dengan nisbah 21:9 dan kecerahan maksima 1,000nits. Skrin ini juga mempunyai bezel sisi yang nipis dan ini memberikan kadar nisbah kepada skrin yang tinggi iaitu 90%.

Beralih kepada skrin paparan utama pula, Honor Magic V memiliki skrin paparan berukuran 7.9-inci namun kadar segar semula yang dimiliki skrin ini adalah 90Hz dengan kecerahan maksima 800 nits.

Selain itu, Honor Magic V hadir dengan cip 4nm Snapdragon 8 Gen 1 dengan OS Turbo X,  12GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB.

Beralih kepada kamera, Honor Magic V tampil dengan sensor utama 50MP, sensor ultrawide 50MP yang juga menyokong fotografi makro dan sensor 50MP color spectrum serta sensor 8×8 dTOF.

Honor Magic V juga dilengkapi sensor kamera selfie 42MP pada skrin paparan utama dan skrin paparan luar.

Honor Magic V tampil dengan bateri berkapasiti 4,750mAh yang terdiri daripada dua sel bateri dan ianya juga menyokong pengecasan pantas 66W Honor SuperCharge yang menawarkan 50% pengecasan didalam masa15 minit sahaja.

Honor Magic V juga memiliki sensor capjari pada butang kuasa sisi, sistem keselamatan yang kukuh, dual speaker IMAX.

Honor Magic V akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Space Silver, Black dan Orange yang hadir dengan kemasan kulit vegan.

Berikut adalah harga Honor Magic V di China

Honor Magic V 12/256GB – CNY 9999 (RM 6,952)

Honor Magic V 12/512GB – CNY 10,999 (RM 7,251)

Buat masa ini Honor tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai penawaran telefon pintar ini di pasaran antarabangsa.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.