Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Rangkaian 5G kini di Malaysia – Lihat Liputan 5G di Kawasan Anda

Rangkaian 5G kini di Malaysia - Lihat Liputan 5G di Kawasan Anda 5
Pada 15 Disember yang lalu, Digital Nasional Berhad (DNB) secara rasminya telah mengumumkan pelancaran rangkaian 5G di beberapa bandar utama di Malaysia.

Dua syarikat yang telah disahkan akan menawarkan 5G adalah YES dan Unifi Mobile namun buat masa ini hanya YES yang telah mula mengumumkan pelan 5G mereka pada harga serendah RM 30 sebulan.

Memandangkan rangkaian 5G ini masih berada pada fasa program perintis, setiap langganan pelan prabayar dan pascabayar YES 5G ini akan menerima akses internet tanpa had 5G.

Baca : YES melancarkan pelan 5G unlimited pada harga serendah RM 30

Antara bandar utama yang kini menawarkan rangkaian 5G adalah Putrajaya, Cyberjaya , Kuala Lumpur dan banyak lagi.

Untuk menyemak secara tepat samada kawasan anda mempunyai liputan rangkaian 5G, anda boleh lihat kawasan liputan 5G di SINI atau tekan pada gambar dibawah.

Rangkaian 5G kini di Malaysia - Lihat Liputan 5G di Kawasan Anda 6

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.