Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 10 Pro mungkin dilancarkan secara rasmi pada 11 Januari ini


Pada minggu lalu atau tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif OnePlus telah mengesahkan bahawa OnePlus 10 Pro akan dilancarkan pada bulan Januari 2022.

Ianya dianggap bahawa pelancaran OnePlus 10 Pro akan berlangsung pada minggu pertama Januari namun video terbaru yang tersebar di Weibo mendedahkan telefon pintar flaghship OnePlus ini akan dilancarkan pada 11 Januari 2022.

Jika tepat, video ini mungkin mengesahkan bahawa pelancaran OnePlus 10 Pro di China akan berlangsung pada 11 Januari namun tarikh pelancaran global masih belum diketahui.

Dalam pada itu, OnePlus 10 Pro telah dikesan di pangkalan data Geekbench yang mendedahkan telefon pintar ini akan hadir dengan pengecasan pantas 80W.


Selain itu, OnePlus 10 Pro hampir pasti akan hadir cip Snapdragon 8 Gen1, sensor utama 50MP dengan kerjasama Hasselblad, skrin paparan curved LTPO 2.0 AMOLED yang menyokong kadar segar semula 120Hz.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.