Honor Magic V akan memiliki sensor utama 50MP dan skrin paparan boleh lipat 120Hz
Leaker yang dipercayai iaitu @DigitalChatStation telah mendedahkan beberapa spesifikasi utama Honor Magic V yang merupakan telefon pintar foldable pertama daripada Honor.
Menurut post terbaru leaker ini di Weibo, Honor Magic V akan dikuasakan dengan pemproses Snapdragon 8 Gen1 bersama-sama generasi terbaru Android iaitu Android 12.
Dalam pada itu, Honor Magic V juga akan menyokong pengecasan pantas 66W dan terdapat juga sensor utama 50MP.
Selain itu, Honor Magic V juga dikatakan akan menyokong kadar segar semula yang tinggi pada kedua-dua skrin iaitu 120Hz pada paparan utama dan 90Hz pada paparan luar.
Selain itu, posting ini juga menjelaskan bahawa spesifikasi ini adalah berdasarkan reka bentuk prototaip dan tertakluk kepada perubahan sebelum produk dimuktamadkan.