Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : HUAWEI MateBook 14s – Komputer Riba Premium Berkuasa Tinggi


Pengenalan

HUAWEI bukan lah sebuah nama besar apabila kita memperkatakan mengenai produk komputer riba, namun barisan komputer riba HUAWEI MateBook Series terbukti sebagai sebuah produk yang mampu memberikan pengguna pelbagai model komputer yang mampu milik dan premium.

Baru-baru ini HUAWEI telah mengesahkan penawaran komputer riba HUAWEI MateBook 14s ke pasaran Malaysia dan ianya ditawarkan pada harga dari RM 4,999.

HUAWEI MateBook 14s ditawarkan didalam dua konfigurasi iaitu versi dengan cip Intel Core i5-11300H yang mempunyai 8GB RAM LPDDR4x dan storan dalaman NVMe PCIe SSD 512GB (RM 4,999) dan versi dengan Intel® Core™ i7-11370H Processor yang mempunyai 16GB RAM LPDDR4x dan storan dalaman NVMe PCIe SSD 1TB.


Reka Bentuk Yang Ringan & Premium

HUAWEI MateBook 14s mempunyai berat sekitar 1.43kg dan manakala ketebalan pada bahagian yang paling tebal adalah sekitar 16.7mm, ini memberikan pengguna sebuah komputer riba yang bukanya hanya kompak malah sangat ringan untuk dibawa ke mana sahaja.

Selain itu, bahagian tepi komputer riba ini gilap untuk menjadikan peranti kelihatan lebih nipis dan menawarkan cengkaman yang hebat.

Proses sandblasting 150 grit yang dilakukan pada permukaan komputer ini memberikan kemasan yang licin dan berkilat yang hasilnya adalah penampilan yang lebih premium dan berkilau, serta cengkaman yang selesa.

Selain itu, HUAWEI MateBook 14s juga disertakan dengan butang kuasa yang berfungsi sebagai sensor capjari dan ciri keselamatan biometrik ini memudahkan lagi anda log masuk kepada profile komputer riba anda.

Dalam pada itu, papan kekunci HUAWEI MateBook 14s juga sangat sedap untuk dipakai dan saiz setiap pad kekunci ini juga besar yang memastikan tiada sebarang kesukaran untuk menekan pad kekunci ini. Pad kekunci HUAWEI MateBook 14s ini diperbuat daripada polikarbonat dan ianya adalah 15% lebih tahan lasak berbanding pad kekunci yang diperbuat daripada bahan tradisional.


Skrin Paparan 2.5K 90Hz yang sangat imersif

HUAWEI MateBook 14s tampil dengan skrin paparan HUAWEI FullView yang mempunyai bezel nipis di bahagian tepi untuk memberikan anda pengalaman visual yang mengasyikkan.

Walaupun mempunyai bezel yang kecil, HUAWEI MateBook 14s juga tampil dengan satu kamera IR 720P pada bezel atasnya untuk pengecaman muka sambil mengekalkan nisbah skrin-ke-badan yang tinggi sebanyak 90% untuk satu pengalaman paparan yang sangat imersif dan kelihatan lebih besar.

Paparan HUAWEI MateBook 14s ini tampil dengan resolusi 2.5K (2520×1680) dengan kepadatan piksel  213 ppi untuk persembahan visual yang sangat baik. Sama ada anda sedang melihat imej beresolusi tinggi atau menonton video beresolusi tinggi, kandungan menjadi bernyawa dengan paparan 100% warna sRGB3, nisbah kontras 1500:1 dan kecerahan maksima 400 nits.

Selain resolusi 2.5K, HUAWEI MateBook 14s juga tampil dengan sokongan kadar segar semula paparan sehingga 90Hz, HUAWEI MateBook 14s menyampaikan imej yang lebih lancar, gerakan yang lebih semula jadi serta kandungan yang lebih jelas.

Dengan menekan kekunci Fn+R serentak, anda boleh bertukar kepada kadar segar semula yang lebih rendah iaitu 60Hz dan ini menawarkan anda prestasi yang lebih seimbang dan penjimatan kuasa.

Dalam pada itu, Intel Display Refresh Rate Switching juga disertakan dan ini membolehkan skrin komputer riba ini bertukar kepada kadar segar semula yang lebih rendah dalam video skrin penuh atau mod standby yang mana ianya iamat penting untuk peranti mencapai keseimbangan jangka hayat bateri yang baik dan gambar yang licin.

Satu lagi ciri premium pada skrin paparan HUAWEI MateBook 14s adalah sokongan berbilang sentuhan 10 titik, HUAWEI MateBook 14s memberikan anda kemudahan yang seperti telefon pintar terutamanya apabila mengendalikan tugas pada aplikasi atau ketika multiscreen collaboration.


Audio Berkuasa tinggi dengan HUAWEI Sound

HUAWEI MateBook 14s dilengkapi dengan sistem pembesar suara quad-speaker yang terdiri daripada dua tweeter dan dua woofer. Woofer yang disertakan ini mempunyai kapasiti sehingga 4.0cc dengan amplitud maksimum 0.5mm, menawarkan anda bunyi bass yang kuat.

Terdapat empat mod audio pra-tetap yang disertakan pada HUAWEI MateBook 14s yang mampu membantuk anda meningkatkan pengalaman anda apabila mendengar muzik, bermain permainan, menonton filem dan membuat panggilan.


Port yang ada pada HUAWEI MateBook 14s

Salah satu faedah menggunakan PC berbanding telefon pintar adalah bilangan peranti yang boleh anda sambungkan kepadanya.

HUAWEI MateBook 14s mempunyai dua port USB-C berciri penuh, port USB3.2 Gen 1, bicu audio 3.5mm dan port HDMI.

Selain itU, HUAWEI MateBook 14s dengan cip Intel i7 (Space Grey) juga dilengkapi dengan port ThunderboltTM 4, yang memudahkan  pelbagai fungsi untuk anda. Ia hanya menggantikan port untuk sambungan rangkaian, sambungan audio, pemindahan data dan juga pengecasan. Satu port ini memenuhi keperluan anda dalam banyak senario di tempat kerja seperti pemindahan data, sambungan peranti dan pengecasan.


Pemproses Intel Generasi ke-11

Walaupun tampil dengan casisnya yang nipis, HUAWEI MateBook 14s adalah sebuah peranti berkuasa tinggi. Ianya dikuaskan dengan pemproses Intel Core Generasi ke-11.HUAWEI MateBook 14s ditawarkan didalam dua jenis cipset iaitu Intel Core i5-11300H atau Intel Core i7-11370H15.

Ia juga menampilkan Intel Iris® Xe Graphics dan  ia boleh mengendalikan kerja reka bentuk grafik yang kompleks dengan mudah. Dengan menekan pintasan Fn+P, anda boleh mengaktifkan mod , Performance yang meningkatkan TDP CPU kepada 45W, dan memperoleh kuasa pengkomputeran tambahan yang diperlukan untuk multitasking.

HUAWEI MateBook 14s ini juga mempunyai kelajuan membaca dan menulis yang pantas kerana ianya tampil dengan 8GB atau 16GB LPDDR4x RAM dwi-saluran, bersama-sama dengan sokongan sehingga 1TB NVMe PCIe SSD. Ini membolehkan anda menyimpan dan memampatkan fail dengan lebih cekap, sekali gus meningkatkan produktiviti di tempat kerja.

Kami dapati prestasi yang mampu ditawarkan oleh HUAWEI MateBook 14s ini adalah antara yang terbaik yang mampu berdiri setanding dengan komputer riba premium lain dipasaran.

Multi Screen-Collaboration

HUAWEI MateBook 14s menyokong Multi Screen-Collaboration antara telefon pintar dan komputer riba, ini membolehkan telefon pintar mendapat akses kepada komponen utama komputer riba. Sementara itu, telefon pintar boleh menggunakan ekosistem aplikasi Office pada komputer riba untuk kerjasama rentas peranti yang lebih cekap serta pengalaman produktiviti pintar yang lebih baik.

Walaubagaimanapun ciri ini hanya boleh digunakan apabila anda menggunakan telefon pintar atau tablet HUAWEI yang beroperasi dengan HarmonyOS 2.0 dan ke atas.

Sistem Penyejukan Lebih Baik

Untuk memanfaatkan potensi penuh komputer riba premium ini, HUAWEI MateBook 14s menempatkan sistem penyejukan yang lebih baik berbanding pada komputer riba MateBook yang lain.

kipas sirip Shark HUAWEI yang disertakan pada MateBook 14s ini mempunyai lebih daripada 79 sirip ultra nipis berbentuk s, yang turut membantu meningkatkan aliran udara.

Penambahbaikan lain yang ditawarkan pada sistem penyejukan generasi baru ini adalah melibatkan dua paip haba setebal 8mm serba baharu yang membentuk reka bentuk “sayap” untuk penyejukan yang sekata.

Selain itu, ia termasuk saluran masuk tambahan di sepanjang engsel yang membolehkan kedua-dua belah kipas mempunyai udara yang mencukupi dan meningkatkan jumlah pengambilan udara dan lebih senyap.

HUAWEI MateBook 14s baharu ini mempunyai kipas yang beroperasi pada kadar bunyi di bawah 5dB.

Jangka Hayat Bateri

HUAWEI MateBook 14s tampil dengan bateri 60Wh yang menawarkan anda jangka hayat bateri yang baik dan memastikan anda dapat melakukan kerja-kerja produktiviti untuk tempoh yang lama tanpa perlu mengecas.

Selain itu, komputer riba premium HUAWEI ini juga membawakan sokongan pengecasan pantas 90W yang mana 15 minit pengecasan menawarkan anda 3 jam waktu penggunaan.

Selain itu, adapter ini juga menyokong HUAWEI SuperCharge apabila ianya digunakan bersama telefon pintar atau tablet HUAWEI yang terpilih. Ini bermaksud anda tidak perlu membawa beberapa adapter ketika keluar dari rumah.

Penutup

HUAWEI MateBook 14s terbukti sebagai tambahan terbaik didalam barisana komputer riba keluaran syarikat ini.

Walaubagaimanapun harga premium HUAWEI MateBook 14s sudah pastinya menjadi faktor utama yang dipertimbangkan sebelum pengguna memilih untuk membeli komputer riba ini dan pengguna yang sudah biasa dengan eksositem HUAWEI juga dijangka akan lebih terdorong untuk membeli komputer riba ini.

Pada pendapat kami, HUAWEI MateBook 14s adalah sebuah komputer riba yang berkuasa tinggi khususnya dengan penggunaan cip Intel yang terkini dipasaran.

HUAWEI MateBook 14s kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 4,999 dan anda boleh mendapatkanya di HUAWEI Online Store.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.