Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kualiti Imej Samsung Galaxy S22 Ultra adalah lebih baik berbanding Galaxy S21 Ultra

Kredit Gambar : LetsGoDigital

Telefon pintar flagship Samsung dijangka akan dilancarkan pada awal tahun 2022 dan laporan terbaru daripada @UniverseIce mendedahkan bahawa Samsung Galaxy S22 Ultra akan mempunyai keupayaan fotografi yang lebih baik berbanding Samsung Galaxy S21 Ultra.

Ini adalah kerana Samsung Galaxy S22 akan mempunyai optimasi imej yang lebih baik walaupun perubahan sensor yang tidak begitu drastik.

Salah satu sebab Samsung berjaya mencapai kualiti imej yang lebih baik Galaxy S22 Ultra adalah kerana penggunaan cipset Snapdragon 8 Gen1 atau Exynos 2200.

Segala teka-teki mengenai Samsung Galaxy S22 Series akan terjawab selepas pelancaran telefon pintar ini pada bulan Februari 2022.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.