Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Reka bentuk Xiaomi 12 Series mula didedahkan


Xiaomi 12 Series akan menyaksikan syarikat ini melancarkan tiga model telefon pintar iaitu Xiaomi 12, Xiaomi 12 Pro dan Xiaomi 12 Ultra.

Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro dijangka akan mempunyai banyak persamaan dari segi reka bentuk.

Sehubungan dengan itu, gambar lakaran CAD Xiaomi 12 ini telah diterbitkan oleh @onleaks dan Zoutons.

Lakaran ini mendedahkan bahawa Xiaomi 12 ini akan mempunyai tiga sensor kamera dibelakang yang mana ianya akan tampil satu sensor utama 50MP.


Sedikit mengejutkan adalah saiz paparan Xiaomi 12 ini yang dikatakan bersaiz 6.2 inci dengan resolusi 1080+ dan melengkung pada kedua-dua sisi. Sebagai perbandingan, skrin paparan Xiaomi Mi 11 adalah 6.81-inci.

Selain itu, Xiaomi 12 dijangka akan hadir bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecas pantas 67W.

Apa yang pasti, Xiaomi 12 Series akan dilancarkan dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 yang merupakan antara telefon pintar pintar dipasaran untuk menggunakan cipset ini.

Pelancaran rasmi Xiaomi 12 dijangka akan berlangsung sebelum penghujung tahun ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.