Telefon Pintar Foldable HUAWEI P50 Pocket akan dilancarkan secara rasmi pada 23 Disember ini
HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu HUAWEI 50 Pro akan dilancarkan pada 23 Disember ini dan ianya juga disertakan dengan pelancaran telefon pintar foldable kompak HUAWEI P50 Pocket.
Walaubagaimanapun, majalah fesyen terkemuka global Harper’s Bazaar telah memuatnaik beberapa gambar yang mendedahkan reka bentuk telefon pintar ini.
HUAWEI P50 Pocket akan hadir dengan reka bentuk dual-ring yang mana satu bulatan menempatkan modul tri-kamera bersama lampu LED manakala satu bulatan adalah skrin AOD yang akan memaparkan notifikasi dan selfie.
Selain itu, HUAWEI P50 Pocket dijangka akan hadir dengan pemproses Snapdragon 888 4G.
HUAWEI P50 Pro dan HUAWEI P50 Pocket dijangka akan memasuki pasaran antarabangsa.