Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 12 Ultra akan hadir dengan sensor kamera Leica

@LetsGoDigital

2022 semakin menghampiri kita dan ini bermaksud pelancaran telefon pintar flagship daripada kebanyakkan pengeluar telefon pintar akan mula dilancarkan.

Secara tradisi, Xiaomi merupakan antara syarikat terawal yang akan melancarkan telefon pintar mereka dan Xiaomi 12 Series dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

Xiaomi sahkan Snapdragon 8 Gen1 akan ditawarkan pada Xiaomi 12 Series

Model paling premium didalam keluarga Xiaomi 12 iaitu Xiaomi 12 Ultra akan turut dilancarkan lebih awal tahun ini dan ianya akan tampil dengan reka bentuk modul kamera yang unik dan luar biasa.

Selain itu, gambar dan video lakaran Xiaomi 12 Ultra telah mula dikeluarkan yang juga mendedahkan logo Leica di bahagian panel belakang telefon pintar ini.

Kerjasama Xiaomi dengan Leica masih belum diumumkan secara rasmi namun bukan sesuatu yang baru untuk menyaksikan jenama yang berkerjasama dengan beberapa syarikat pada masa yang sama seperti dilakukan oleh Zeiss.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.