Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT 2 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 20 Disember ini


realme telah mengesahkan telefon pintar flagship premium pertama syarikat ini iaitu realme GT 2 Pro akan dilancarkan pada 20 Disember ini.

realme GT 2 Pro akan menjadi antara telefon pintar pertama di pasaran untuk hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen1.

Selain itu, realme GT 2 Pro dijangka akan hadir dengan sensor kamera selfie dibawah skrin yang memberikan pengguna skrin paparan yang lebih imersif.

Lain-lain spesifikasi yang dijangka akan dimiliki oleh realme GT 2 Pro adalah skrin paparan AMOLED 120Hz berukuran 6.51-inci, RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman jenis UFS 3.1 serta realme UI 3.0 yang berasaskan Android 12.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.