Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony lancar 5 warna baru bagi Cover Konsol PlayStation 5 – tiba di Malaysia pada Januari 2022

Sony secara rasminya telah melancarkan cover konsol bagi PlayStation 5 dan syarikat ini juga memperkenalkan dua warna baharu bagi alat kawalan DualSense

Cover bagi konsol PlayStation 5 ini ditawarkan didalam 5 warna iaitu Nova Pink, Starlight Blue, Galactic Purple, Cosmic Red, dan Midnight Black. Walaubagaimanapun, warna yang dilancarkan ini hanya akan dijual berasingan yang bermaksud PlayStation 5 akan ditawarkan didalam warna putih sahaja.

Proses penukaran cover ini juga amat mudah tanpa memerlukan sebarang peralatan.


Selain itu, tiga lagi warna baharu bagi DualSense adalah Nova Pink, Starlight Blue, dan Galactic Purple selepas pelancaran warna Cosmic Red dan Midnight Black pada bulan Mei yang lalu.

Cover berwarna Cosmic Red dan Midnight Black akan ditawarkan mulai Januari 2022 di Malaysia, Kanada, UK, Perancis, Jerman, Switzerland, Austria, Sepanyol, Portugal, Itali, Australia, New Zealand, Jepun, China, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam, Korea dan Filipina.

Dalam pada itu, cover berwarna Nova Pink, Starlight Blue, dan Galactic Purple pula akan ditawarkan pada pertengahan kedua pada semua negara yang disenaraikan.

Harga bagi cover PlayStation 5 ini masih belum diumumkan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.