Motorola Edge X30 kini rasmi – Telefon Pintar Pertama dengan Snapdragon 8 Gen1
Selang seminggu selepas pengumuman rasmi cipset Snapdragon 8 Gen1, Motorola kini secara rasminya telah menyandang gelaran syarikat pertama didunia untuk menggunakan pemproses flagship terbaru ini pada Motorola Edge X30 dan terdapat juga Motorola Edge X30 Special Edition yang hadir dengan spesifikasi sama namun dengan Under Display Camera.
Motorola Edge X30 hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.7-inci yang mempunyai resolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz. Motorola Edge X30 juga mempunyai lubang punch-hole yang menempatkan kamera selfie 60MP dan Motorola Edge X30 Special Edition juga menggunakan sensor yang sama namun ianya tersembunyi dibawah skrin (Under Display Camera).
Seperi Yang diperkatakan di atas, Motorola Edge X30 hadir dengan pemproses Snapdragon 8 Gen1 yang berdasarkan ujian dalaman Motorola di lihat menawarkan 20% peningkatan prestasi CPU, 30% peningkatan prestasi GPU dan 40% peningkatan prestasi AI berbanding cip Snapdragon 888+. Cip ini juga disertakan bersama RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman jenis UFS 3.1.
Beralih kepada kamera, Motorola Edge X30 memiliki sensor utama 50MP OmniVision OV50A 1/1.55-inci yang mempunyai OIS, sensor ultrawide 50MP ISOCELL S5KGM1 dan sensor depth 2MP.
Motorola Edge X30 juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 68W dan ianya juga hadir dengan sistem operasi Android.
Berikut adalah harga Motorola Edge X30 dan Motorola Edge X30 Special Edition di China :
Motorola Edge X30 – 8/128GB – CNY 2,999 (RM 1,983)
Motorola Edge X30 – 8/256GB – CNY 3,199 (RM 2,115)
Motorola Edge X30 – 12/256GB -CNY 3,399 (RM 2,247)
Motorola Edge X30 Special Ediiton – 12/256GB – CNY 3,999 (RM 2,644)