Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno7 Pro League of Legends Edition Kini Rasmi – RM 2,657


Oppo dengan kerjasama Riot Games secara rasminya telah melancarkan telefon pintar edisi terhad Oppo Reno7 Pro League of Legends untuk pasaran China.

Oppo Reno7 Pro League of Legends Edition ini hadir dengan pelbagai perubahan visual termasuk kemasan warna matte dan aksesori tambahan menarik.

Selain itu, kotak Oppo Reno7 Pro League of Legends juga berinspirasikan watak Jinx dan roket meriam beliau adalah bentuk kotak telefon pintar ini. Terdapat case Jinx edisi terhad, pengecas 65W, dua lanyard dan pelekat.

Dalam pada itu, Oppo Reno7 Pro League of Legends Edition juga disertakan dengan tema edisi terhad dengan ikon dan animasi istimewa.

Dari segi spesifikasi, Oppo Reno7 Pro League of Legends ini hadir dengan skrin paparan 90Hz AMOLED, pemproses MediaTek Dimensity 1200 Max 5G, 12GB RAM, 256GB storan dalaman dan bateri 4,500mAh.

Oppo Reno7 Pro League of Legends edition akan ditawarkan di China mulai 10 Disember 2021 pada harga CNY 3,999 (RM 2,657).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.